seteguh kasih aina najihah



aku baru je habis baca novel nih.....okla untuk di layan time2 free n relax..sbb ceritanya sedikit beratla bg aku...kalau nak baca time anak-anak tengah bising, mesti sakit kepala....hehehe..tapi aku x tahu samada buku nih yg terbaru kat pasaran @ buku lama...apapun bg aku x kisahla,asalkan aku rasa citer sesebuah novel tuh agak menarik, leh la beli...tapi aku bukan seorang pengumpul buku novel...hehehe....so, aku nak kongsi sinopsis citer nih, agak panjangla jugak sinopsisnya :-

sebuah kisah percintaan........
menanti kalimah cinta daripada Ameer Mulhim bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Akhirnya Aina Najihah terluka. Namun adakah lukanya akan terus berdarah? Bagaimana pula dengan si jejaka yang mengagumi wanita ini dalam diam? sanggupkah si jejaka meluahkannya?


sebuah kisah perjuangan.........
pengorbanannya pada Hotel Mawar Biru tidak dihargai. Ada manusia yang tidak boleh melihat diri orang lain senang. Tanpa menilai kredibiliti seorang Ketua Pegawai Pemasaran, dia dipecat dan dimalukan di hadapan rakan-rakan sekerja. Adakah dia akan berundur?


sebuah masa silam yang terpaksa dibongkar......
benarkah Aina Nijihah anak yatim piatu? Jika benar, siapa si comel yang berpelesiran di Pasar Benut 22 tahun yang lalu? Atau, mungkinkah dia telah di 'yatimpiatu'kan sebelum menjadi penghuni tetap Asrama Anak-Anak Yatim Darul Fikriyah?

bersama menyelusuri derita, mengesat titis air mata seorang Aina Najihah.....
hidup ini ada manis dan ada pahit. Kematian, perpisahan dan pengkhianatan telah menghiris hati seorang Aina Najihah. Namun adakalanya dia masih boleh bergelak dan tersenyum mesra bila bunga-bunga cinta berputik semula dan sahabat setia mula mengenali erti kejujuran.
tapi bagaimana harus dilalui hidup ini jika gelombang yang memukul terlalu kuat? terlalu menguji? dia tiada ibubapa apalagi sanak saudara untuk berkongsi kasih segala kekusutan. Agaknya, pada siapa Aina Njihah berharap?...............

-selamat membaca-

Comments