balik penang

salam


hari jumaat lepas aku dapat berita yg pakcik aku masuk ICU, madie kata balik penang hari sabtu tu la sbb kami tau pun dah petang. pagi tu sebelum bertolak balik, aku tepon la cousin aku tanya keadaan pakcik aku camne..dia kata dah ok, tukar hospital gi hospital seberang jaya duk kat wad biasala. sebelum ni duk kat spital BM lebih kurang 5 hari jugakla..yg herannya nak scan pun kena bawak gi klinik biasa, camne tu. aku pun x paham jugak

lepas breakfast kat kedai kami balik umah dulu, lepas tu pkl 12tgh hari baru la bertolak balik. bukannya apa, cuma time tu badan aku x berapa sihat jugak tu yang lambat bertolak. sampai sana lebih kurang pkl 5.30ptg terus ke spital seberang jaya. tengok pakcik OM tu gaya sakitnya macam aku dulu la..masa sakit batu hempedu, cuma bezanya hati pakcik OM ni dah ada nanah sket. tu yang demam x kebah, panas badan dia. tapi dia sejuk dalam la. katanya menyucuk satu badan. doktor kata nak try antibiotik dulu, kalau x jalan jugak baru tebuk la sedut nanah. nanah kat hati pun x banyak, tu yg doktor nak pakai ubat dulu.

malam tu kami balik tido di kg paya, umah makcik TA & esoknya pulak nak bertolak ke setiawan tengok makcik n pakcik aku kena minor strok.

kami bertolak dari bukit mertajam lebih kurang pukul 12tgh hari..2 bijik kete. sekali dgn tok wan. sampai Lekir lebih kurang pkl 4.30 petang, sebab banyak pit stop.. pak ndak & mak ndak dah ok, dah boleh berjalan n buat keje umah, cuma pak ndak kata tangan kiri dia lemah sket, doktor suh buat exercise bagi darah berjalan lancar..

aku singgah Lekir pun x lama, lebih kurang pkl 6ptg kami bertolak balik ke KL, lalu jalan lama.. Sg. Besar - Ijok - Sg Buloh...dalam pkl 10.30mlm sampai KL...mmmmm...gitula citer weekend aritu...

Comments