aqil yang syahdu....

salam


dalam 2 hari ni aqil asyik nangis je bila nak gi sekolah.. semalam madie pi hantar, tapi dia duk nangis dalam kereta. madie pulak nak pi la hantar dia sampai kelas sebab dah lewat sangat,pkl 8.30 pagi dah..tapi x sampai hati pulak katanya. takut dia malu la bila kengkawan tengok dia nangis. sebab dia beria nangis, katanya keje sekolah dia x siap.. bila cek keje sekolahnya memang xdek kecuali nombor je la yang memang cikgu suh buat kat umah slow-slow..

hari ni pun macam tu jugak..kali ni aku berjaya pujuk dia sampai ke kelas, tapi masih lagi nangis sket-sket. cakap dia ngantuk la...sakit dada la... sampai kat kelas cikgu pun heran..explain la plak kat cikgu. aku pun tanya la cikgu, keje sekolah tu memang nak suh siap terus ke, sebabnya start dari no 25 - no 40 nak kena tulih ..tulih pulak 90 kali utk setiap nombor n setiap muka surat sampai nombor 40...penathehehehe.. budak-budak pun agak boring la nak tulih nombor sama n ulang pulak banyak kali... tapi cikgu bukan nak dera, cuma dia suh tulis kat umah je...tapi aqil ni takut bila cikgu marah.. duk dalam kelas kejap start lagi nangis..cakap ngantuk la..cikgu dia bwk pi basuh muka, pastu dia cakap dia selsema.. cikgu dia tanya la aku betul ke.. aku cakap memang ada selsema sket..tapi biasala tu.. pastu cikgu dia kata xpelah, dia handle.. aku cakap kat cikgu kalau melarat sangat tepon la...

balik umah tu, aku terpk..bukan pasal kerja sekolah rasanya, ni mesti pasal adik.. sebabnya dia selalu tanya adik dia. pagi tadi sebelum masuk mandi dia tanya, "ibu, adik dah bangun ke?".. "ibu, bulan 7 nanti adik balik ke?".... agaknya dia terasa sunyi adik xdek... kesian aqil.. sebab sebelum ni aqil memang jenis senang gi sekolah.. happy ding dong je.. bila jadi camni, macam kesian la plak... tekanan perasaan...sengihnampakgigi.. so, tengah hari tadi pkl 2.30ptg aku bawak dia pi McD.. dia pun happyla.."dah lama kita x makan McD ibu.."










p.s: hopefully esok dia ok... dah janji ngan dia nak bawak pi tengok Ice Age 3 - 3D nanti....

Comments