Puteri Sulung

salam



ni lagi satu entry pasal anak buah baru.... lebih kurang 2nd June aritu, cousin aku, Tg Farah Aisyah telah selamat melahirkan puteri sulungnya seberat 2.88kg... bestnya, che jah dah ada cucu..
sengihnampakgigi

yang menariknya, cerita pasal pengalaman farah bersalin...katanya, x sakit la k.fb...haaaa... sehari sebelum farah bersalin, aku ada call la dia nak tanya pasal bengkung baby n bengkung utk dia dah sampai ke belum, pastu time tu dia kata dia kat KBMC (Kota Bharu Medical Centre). aku ingat dia nak bersalin, rupanya adik dia (cousin aku jugak), fatin suspek denggi..aku sajala gurau dgn dia.."mung nok beranok, oghe lain masuk wad..."

esok harinya, dah nak dekat maghribla lebih kurang, sis mario bgtau farah dah bersalin..aiii, aku cakap aku baru je tepon dia semlm, ok lagi xdek tanda nak bersalin pun...pastu aku pun tepon la farah, rupanya dia dah siap balik umah dah..sengihnampakgigi..hehehehe. rupanya ptg tu masa kat KBMC dia ada turun darah, tapi katanya x sakit langsung. lepas tu dia terus gi klinik dekat HUSM nak cek, buat VE, tapi jalan x bukak lagi..contraction pun xdek..untuk keselamatan, doktor suh dia masuk wad terus...lepas tu doktor terus masukkan air..dalam pkl 10p.m lebih, dia pun bersalin... alahai..senangnya bersalin.....

nama puteri sulung farah n awal.. Nik Nor Awfiyah bt Muhd Al-Awal... sebab apa ada Nik? Katanya ibu aku, bila yg pompuan ada 'Tengku' kawin dgn org yg xdek tengku ke apa ke..kenala buh Nik kat depan... fakta tu aku baru dapat tau..Wallahualam..

Pada Farah & Awal..tahniah dah dapat 1st baby.... peace

Comments