a week without aqil!

salam


melihatkan tajuk entrynya begitu bergaya..hehehehe...

minggu ni dah start cuti sekolah, 2 minggu lamanya... aqil memang dah x sabar-sabar nak balik kg, umah tok ki seperti yang dijanjikan oleh madie. hari-hari duk tanya, "ibu dah masuk hb 6 ke?", maksud hb kat situ adalah bulan..bukannya haribulan ye..aqil masih lagi keliru..gigil

mak teh aqil datang hari jumaat lepas bersama pak long n family..datang nak amik aqil bwk balik. hari ahad tu lepas asar diorang bertolak balik ke kuantan... aqil sedih?? bukan aqil yang sedih... aku yang terlebih emo...nangih, walaupun hati aku kuat, tapi emosi aku tetap lemah... sapa x sayang anak oiii... lama jugak tu seminggu. menitik la air mata aku masa nak lepaskan aqil balik kampung.. he's a good boy.. even masa buat entry ni pun leh leleh airmata... biasalah kan...huwwaaaaa...

so far, aqil ok kat umah tok ki dia..dia kata dia x nangis..ok la tu, aqil pun dah besar, next year dah masuk darjah 1...xkan nak nangis lagi...huwaaaaa...masa madie call aqil semalam, dia x bagi izz cakap lama-lama dengan aqil.. katanya " dahla adik, nnt ibu nangis plak.." camne tu???

izz plak semalam berapa kali mengeluh sebab xdek abang..yelah sebelum ni dia memang rapat giler dgn abangnya...sbbnya aqil selalu melayan n bergurau dengan dia..n abangnya jugak selalu menangis dek kerana izz...hehehehe.... izz memang x bagi aqil balik, dia kata dia nak ikut.. sampaikan aqil cakap " xpelah ibu kalau adik ikut...abg leh jaga adik.." aduiii tersentuh jugak la hati bila dengar abangnya cakap gitu... tapi xdek maknanya aku bagi..hehehehe

orait, aku stop dulu...nanti kang selsema plak x pasal2...hehehe....







Comments

  1. rasanya...dalam ramai-ramai.. aqil paling pandai mengalah dengan sesiapa lagi kecik dari dia. Innocent & baik betul. Biar sampai besar, harapnya.

    ReplyDelete

Post a Comment