kak eita steamboat wangsa maju

salam

balik dari amik madie kat opis (ni citer 2 hari lepas ye), we all terus gi beli barang dapur kat carrefour wangsa maju. saja la pi situ sebab dah lama x jalan-jalan situ kan..lebih kurang pkl 9.30mlm, perut masing-masing dah bunyik..pesta perut di dalam perut. laparnya time tu. nak makan kat dalam tu rasa macam x selera. madie kata makan kat luar je la, leh amik angin..mmmm nak amik angin ke nak berasap sebenarnya??? tactic je kannnn...siul

dah siap load barang dalam kete semua, madie kata "yang, jom kita gi restoran kak eita steamboat.." huh, bunyik macam sedap je kan.. katanya tempat ni glamer la jugak di kalangan orang yang suka jalan-jalan carik makan. aku pun on je la... berpandukan gps, sebab memasing x penah pegi n memang xtau jalan area wangsa maju kan, lebih kurang 15minit je dari carrefour tu.. kedainya x jauh pun dari Jaya Jusco Wangsa Maju, mengadap jalan besar n bertentangan dengan masjid atas bukit.. aku dah lupa nama masjid tu, tapi yang pastinya masjid baru...rindu

so, dah sampai n selamat duduk dalam kedai, memasing pun order la makan.. we all amik steamboat utk 2 orang makan (minimum order) ..supnya ada 3, so leh la pilih 2 jenis.. Sup Tom Yam, Sup Ayam n Sup Ekor.. yg sup ekor tu kalau korang nak order kena tambah rm3..... so, harga untuk 2-3 orang makan ni rm26.90 (ampun kalau salah sebab aku ingat2 lupa nih).. kalau yang untuk 4-5 orang makan lebih kurang rm40+...aku lupa..

malam tu we all order sup tomyam n sup ekor sebab madie kata dia nak makan nasik sekali..bila diorang dah setup dapur tu, datang la menda2 yang nak di steam kan..heheehemenari hati dah riang gumbira nak makan ni, maklumla tengah lapar... sekali sampai menda2 tu....



mak aiiii, penuh bumbu...betul ke ni? hah penuh satu pinggan besau tu..dengan ketam sekor.. udang pun leh tahan banyak.. sotong, scallop, macam-macam jenis fishball.. dan sebagainya (dalam gambar tu ketam n suku dari menda dalam pinggan tu telah selamat di rebus...) siap dengan mee 2 ketul n telur sebijik.. aku tengok madie, madie tengok aku...

+: "betul ke bang utk 2 orang makan ni? sebab gayanya macam 4 orang makan je"
- : "xpelah, kita makan je...."
+: "ish..ni memang betul banyak ni"
- : "xpe..baby dalam perut nak makan"





wahhhh, baik punya alasan... bila semua makanan dah sampai we all pun makan n makan n makan lagi...sehinggala ke satu tahap madie surrender n aku pun dah tersandar..huiiii, ni memang betul2 makan..mmmmm..

dah selesai makan n time nak bayar..tup tup kena dalam rm53+ termasuk air n satay aqil 10 cucuk..okla harganya.. uikk, n memang sah la steamboat tu tadi untuk 2 - 3 orang makan..

so, nasihat untuk uols yang nak pi makan steamboat kat kedai kak eita ni, kalau setakat 2 orang tu xyah la order KECUALI ouls memang betul-betul-betul nekad nak makan steamboat aritu ataupun mengidam ataupun uols memang penggemar stemboat.. kalau saja-saja nak try, dinasihatkan jugak bawaklah family uols ramai-ramai, pi la makan steamboat...barula selera tu bertambah-tambahkan.... average steamboat kat sini : OK, boleh tahan

date: 18 July 2009...sambung sket..aku jumpa balik resit kedai ni so nak bgla address kot-2kot nak pi try kan:

KAK EITA RESTORAN
33A, JALAN METRO WANGSA
SECTION 2, WANGSA MAJU
53300 KL

tel : 03-41497730 fax : 03-41497740

p.s: kena plak time ni camera xdek bateri..sempat 2 keping je gambo..

Comments

  1. wallaa sedapnya roti jala.. feveretku iteww...rajin mak buyung ni masakk

    ReplyDelete
  2. sebabnya mak buyung teringin sangat nak makan kan...terpaksala rajin.

    ni komen kat entry yang salah ni.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment