tiba-tiba aqil demam panas

salam


aqil demam malam ni. tetiba je demam.. lebih kurang pkl 9.30 malam tadi aku pegang badan dia..panas ya ampun..pastu amik temp plak 38.1..aduhh. bagi aku 38 tu dah kira panas la. berdesup aku amik ubat demam dia dalam peti pastu kejut dia makan ubat. nasib baik anak-anak aku ni jenis senang nak makan ubat. lepas makan tu, aku buh plak cool fever kat dahi. pastu aku demahkan pulak kaki, kepala & badan dia dengan air paip. nak suh panas tu turun. alhamdulillah, time aku tgh buat blog ni (10.50p.m) badan dia dah mula kluarkan peluh. tapi aku still lagi letakkan kain atas kepala & kaki dia gigil.

tapi sekarang ni kalau anak-anak demam aku akan jadi cepat panik sedih. dalam kepala dah fikir spital. kalau x kerana h1n1, aku rasa xlah panik gini gaya. tadi masa duk demah badan dia, tetiba air mata menitik sesambil baca ayat kursi bebanyak. mintak Allah jauhkan penyakit tu dari keluarga aku.

aku dan anak-anak memang x keluar gi mana-mana. kami di kuarantin kan oleh madie. kecuali aqil la gi sekolah & madie gi opis. aqil ke sekolah memang pakai mask. aku nak ke pasar malam yang dekat dgn umah ni pun xleh... tidak dibenarkan sama sekali.

dalam 2 hari ni madie kena selsema. tapi xdek demam n batuk. dia kata cuma selsema n sakit tekak sikit. bab bersin jangan citer la...memang tu la kejenya sekarang. esok, dia kata nak gi klinik, bawak aqil sekali. aqil pun ada ngadu sakit dada sejak seminggu lepas. tapi xdek langsung tanda-tanda demam atau sebagainya. cuma aqil kata dia rasa pedih kat dada kekadang sampai kebelakang. aku syak dia gastrik. sebabnya balik dari sekolah jarang sangat dia nak makan nasik. petang baru nak makan. pastu malam memang dia x nak makan dah. mmmmmm....

aku pun x berapa nak lena tido malam ni. risaukan anak-anak & madie. temp aku pun dah naik 36.7... sebelum ni 36 je. mgkn sebab terkejut dgn keadaan aqil tadi kot. so far, izz ok..x demam n batuk n selsema la. harapnya jangan berjangkit la ye....sedih






loves,

Comments