x habih lagi citer h1n1.....

salam


acccchhhuuuummmmmm.....fuhhh, fuhhh....huiii banyak betul debu ye. tu bersin sebab debu, bukan sebab selsema dan yang berkaitan h1n1 ye...sengihnampakgigi. citer pasal h1n1 ni betul2 hangattt. setakat ni angka korban akibat virus tu dah meningkat pada 67 orang. setakat semalam angka itu kekal dan harapnya angka tersebut akan kekal pada hari dan selama-lamanya. dan citer mengenai h1n1 ni jugak betul-betul merisaukan aku sehingga la pagi ni. citernya macam ni..(wahhh...gayanya macam penglipurlara..hehehe...gaya je tu..)

adik aku kat POLISAS, Kuantan, tetiba kena demam panas + batuk hari ahad lepas. aku dapat tau dia demam hari isnin, tu pun dah malam. aku ni tetiba la risau sebabnya budak-budak rumah sewa dia tu ada yang dikuarantinkan. 2 orang. yang sorang tu dah selamat balik tapi yang sorang lagi x balik. sebab x balik, aku x pasti la. seminggu lepas pada tu, mirah kata ada yang berjangkit demam. pastu dia pun citer dia pun dah start demam dan batuk. aku pun suh la dia pi spital, tanya member2 yang mana ada transport mintak tolong anta kan. tapi kebetulan pulak semester ni xdek yang bertransport. aku pun mintak tolong adik ipar aku hantarkan dia ke spital. Makteh Noli kata ok. nasib baik makteh ok dan kebetulan plak dia cuti rehat 2 hari.

dari rumah tok ki nak ke rumah sewa mirah tu aku rasa agak jauh jgk la. lebih kurang 1/2 jam..jalan memang confirm x jem..siang ke malam ke.... pkl 10 lebih baru sampai spital, kena pulak menunggu, paling awal 3 jam baru leh jumpa doktor. huisshh. kesian la plak kat makteh. takkan makteh nak tunggu sampai pukul 1 pagi. tu pun belum tentu lagi dapat jumpa. dan pulak makteh sorang je. aku pun cakap kat makteh, pi klinik je la kot. xkan nak tunggu sampai 3 jam, pastu pulak nak balik sorang2. pi klinik la plak diorang. kat klinik pun ramai jugak orang. tapi ok la..pkl 12tgh malam settle semua n balik. mirah kata, doktor x cakap banyak. cumanya dia kata " oklah, saya bagi ubat demam & batuk"..kena la rm35. selesai satu citer.

pastu kelmarin aku sms mirah tanya dia camne... dia kata dia makin teruk, demam x hilang lagi..batuk pun still ada...tambah plak selsema + pening + muntah. aduiii.... risau la plak aku ni. suh dia pi spital sementara pagi lagi. dia kata dia kat kelas. transport kat situ mmg susah sebab POLISAS tu duduk dalam HUTAN...teksi mmg x lalu langsung la. cuma bas, tu pun..jarang-jarang. petang tu aku call tanya dia, dia kata dia kat terminal bas kuantan..nak balik rumah. x pegi pun spital sebabnya bas dia naik tu x lalu jalan tu. nak jalan kaki plak panas terik. dia x larat. aku cakap xpelah..gi esok pagi..maksudnya hari ni la.

dan pepagi tadi aku call mirah. dia cakap dia dah ok. demam pun dah surut, batuk selsema pun dah nak hilang..alhamdulillah. dan maknanya dia x gi la spital jgk arini. just habihkan ubat yg doktor tu bagi je.

pagi tadi pun cakap dgn tok wan n ibutok.... kata mirah dah ok. tok wan kata semlm dia ada call mirah. dengar suara pun dah ok. ffuuuhhhh lega aku. huisshhh...mana x nya, risau ooooo.... katakanlah kalau dia kena kuarantin, mana dia nak gi...nak balik kota bharu xleh sebab tok wan ada asma teruk, nak balik KL plak aku tgh pregnant & ada budak2 kecik ni...pendek kata memang kena masuk wad la... kesian pulak. tapi since dia dah ok, aku lega la....








p.s: tahap risau aku leh menyebabkan migrain...hehehehe.....sakit gila pala aku semalam pk pasal mirah...sengihnampakgigi

Comments