sedap makan

salam


letih balik kampung x hilang lagi...tu yang xleh nak update blog. tambah pulak idea tarak mari...hehehehe

kitorang sampai kota bharu hari jumaat lepas dah pukul 4 petang. tok wan & ibu tok pun terkejut sbb masa tok wan sms tu aku saja suh madie reply 'bertolak lepas sembahyang jumaat'..hehehehe. time tok wan anta sms tu we all dah masuk bandar raub. saja nak bergurau ye tok wan...sengihnampakgigi



madie tgh bakar daging...
angin punyala kuat kat luar time tu, xyah sibuk nak kipas dah.


hari memula berbuka puasa kat sana memang best..walaupun lauknya simple, tapi seleranya lebih dari biasa. ada daging bakar, sambal ikan bilis petai, paru goreng (kalu orang kelate diorang sebut pelepung), ikan cermin masak serai....kuihnya pulak, masa on d way tu, aku singgah kat tepi jalan sebelum sampai bandar gua musang beli AKOK. sis mario kata abg haris suka beli kat situ sebab sedap. so, kebetulan plak awal lagi orang tu menjual, aku pun singgah beli. ibutok kata memang sedap.... bak kata omputih "melt in your mouth"...masuk je dalam mulut, macam cair je..lagipun x manis sangat.


pembuka selera hari pertama kami di Kota Bharu



nilah rupanya AKOK Gua Musang



loves,

Comments