arissa nisrina - Al-Fatihah

salam


petang raya ke 4 tu kami gi beraya rumah cousin madie di wakaf mek zainab. tahun ni family cousin madie @pun kak lah @pun abe din agak meriah sedikit dengan kehadiran cucu sulung dalam family. kami pun baru 2nd time jumpa.. yang jumpa masa 1st time aritu kat nicu IJN (dulu aku penah buat entry pasal citer baby masuk ijn)... arissa masa kami jumpa time raya aritu dah pun besar..kejap je.. kalau x silap aku nak masuk 5 bulan @pun dah 5 bulan kot, x sure sangat.. amazingly, arissa recover dari operation past few month in 2 weeks.. parents mana yang x happy kan.. kami pun tumpang seronok bila dia dah pulih walaupun masih ada 'hole' lagi kat jantung time tu. doktor kata, yang tu nak operate bila dia dah besar sket... hmmmm

last 2 weeks, on saturday, kami dapat berita yang menyedihkan.. arissa telah dijemput Pencipta-Nya.. Innalillah... aku n madie agak terkejut tapi kami redha. Arwah Arissa telah pun selamat di kebumikan di Kuala Perlis pada keesokkan harinya. kami sempat tengok jenazah cuma x sempat nak tengok muka arwah sebab dah siap di mandikan dan di kapan.

k.bie n abedi harap angah n zurin sentiasa tabah di hari2 akan datang. semoga rohnya di tempatkan bersama-sama mereka yang soleh.





p.s : arwah merupakan cucu sepupu madie yang pertama... pendek kata madie dah dapat pangkat Tok..


loves,

Comments