izz, ira n ceritanya...



salam


gambar ni sebelum kami bertolak balik ke KL lepas seminggu cuti raya... izz n ira... tukang mekup feveret diorang ni ialah maksu... memang pantang tengok maksu n maksu pun pantang je tengok bebudak ni.. kalau diorang x offer diri, maksu akan meng'offer'kan diri sendiri jadi mak andam...

ada citer sket pasal ira ni... last week kami dapat tau yang ira kena warded kat HTAA, Kuantan akibat jangkitan kuman pada paru-paru. terkejut jugak. memulanya ingatkan sebab lelah dia datang balik n jadi kronik. maklumlah musim minum air batu x habih lagi kan. rupanya x... citernya, khamis lepas dia dah demam dan abahnya dah bawak pi klinik..so, bagi ubat macam biasala..tapi demam tu x kebah2...hari sabtu @ ahad tu (aku lupa la plak) abahnya bawak gi klinik lagi sebab 1. demam x kebah dan 2. tengok ira macam sesak nafas... so, doktor check, rupanya ada jangkitan kuman kat paru-paru dia... doktor kata kalau lelah lain bunyinya.. so kena refer kat spital.

sampai spital, ira kena masuk oksigen sebab sesak nafas... drip tu macam biasalah..sebabnya ira dah kekurangan air dalam badan, asyik muntah kan. satu malam di wad biasa..n the next day masuk wad pengasingan h1n1.. suspek je la.. doktor buat test, n the next day baru tau resultnya. alhamdulillah...-ve.. so, petang kelmarin dia dah di pindahkan ke wad biasa balik... hari ni maktehnya kata oksigen pun dah bukak..demam pun dah xdek dah since day 1 masuk spital lagi. kuman pun dah xdek, yang tinggalnya kahak je la.. (teringat citer kebod masa alya masuk spital 1st time tu... doktor sedut kahak tu dengan tiub...adehhh laaa...)

apapun, ayah cik n makcik harap ira cepat sembuh.... kami pun memang xleh balik dah memandangkan keadaan aku yang semakin kronik.




p.s : ira juga di kenali dengan mek selamoh di kalangan makcik-makciknya...



loves,

Comments