kira settle la ye...

salam


hari ni keje aku double-check apa yang patut sebelum ke hospital malam ni. tup tap tup tap...orait, kiranya dah settle la semua ye. apa yang belum dibuat, basuh kain dan towel..

madie baru je gi keje lepas masak spagetti n goreng bihun untuk anak-anak dia. Izz kena kuarantin dari makanan luar sekarang ni. bukannya apa, untuk mengelakkan dari dia muntah-muntah lagi. hari ni nampaknya dia ok dah. hati aku rasa lega la sket sebab nak tinggalkan dia malam ni dengan ayahnya.

rasanya blog pun tak akan di update untuk beberapa hari ni. kecuali kalau madie rajin nak upload gambar baby baru nanti, Insyaallah.. Orait semua (macam ramai je ye yang duk skodeng blog aku ni...hehehehe..jangan marah la ye, sesekali nak perasan la jugak.. ahaks), doakan aku semoga selamat berjuang esok. kenyit


loves,

Comments

Post a Comment