gas se'round'....

aqil demam. mula dari minggu pertama sekolah sampai la dah masuk minggu terakhir bagi bulan 1, batuknya makin menjadi-jadi. kami rasa sebab dia terlampau teruja 'membeli-belah' air kat kantin. maklumlah air batu kan. tambah pulak xdek orang pantau, masing-masing punya hal. tu citer sekolah pagi. sekolah petang pun gitu jugak.. sekolah kafa. huiii, meriah dengan aiskrim, air vitagen, air batu... semuanya yang menyamankan tekak. tambah pulak cuaca sekarang x menentu. hujan panas berselang-seli. tu yang makin menjadi-jadi batuknya. hmmmm. air masak dari rumah tetap bawak. bekal pulak upon on request. time teringin nak bawak bekal, dia bawak la. biasanya sekolah pagi jela. kalau x, dia akan makan kat rumah kenyang-kenyang, so kat kantin tu dia biasa beli nugget je la. duit tetap jugak guna walaupun dah bawak bekal.



asap masuk dalam matala ibu..
tapi macam best je gas ni...hehehe
bestla sebab dada tu rasa lapang sket


jadinya hari ni aqil tak ke sekolah. hari selasa tu dah tahap teruk batuknya. petang tu tak gi la sekolah kafa. malamnya madie bawak gi klinik. doktor tanya dia penah ada asma ke?. kami jawab x, tapi masa umur dia tak sampai setahun, dia dah penah kena nebulizer sebab kahak terlampau banyak dan dia susah nak bernafas. dah malam tu aqil kena nebulizer sekali lagi. kahak terlalu banyak menyebabkan dia sakit dada xleh nak nafas. kesian aqil. tapi nak buat camne. walaupun dah pesan berkali-kali, jangan minum air batu...batuk tak hilang lagi..tetapppp jugak. hari ni tengok aqil macam dah ok. esok dah boleh gi sekolah macam biasa.



xxx,

Comments