21 tahun yang lepas...

lama betul x jumpa. lepas berpisah pada tahun 1989, baru kelmarin 21 Februari 2010 kami bertemu kembali. bayangkan, lebih kurang 21 tahun kami x jumpa. hilang tanpa khabar berita. shahrul hanim ni member baik aku masa sekolah rendah lagi. bila dah jumpa balik, kami rasa seronok ya amat.



best friend forever..shahrul hanim & me


penghujung tahun 1989, aku pindah ke Jerteh, Terengganu. ikut family aku kena transfer ke sana. lepas tu aku memang terus lost contact dengan semua budak-budak Sekolah Kebangsaan Ampang, 1984 - 1989.

start dari penghujung tahun lepas, aku dapat contact balik dengan ex-student SKA via Facebook. hehehehe... bukan nak promote facebook ni, tapi bagusla jugak ada menda ni. sekurang-kurangnya, dapat cari teman-teman lama.
27 Februari ni aku ada reunion dengan ex-student 6 Melur, SKA di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa. hmmmm.....rasa dup-dap tu tetap ada, almaklumlah, semuanya dah 'besar-besar', dah ada family masing-masing. so guys, this is it....it's gonna be the best moment of the year, hopefully. after 21 years... we will meet again.


xxx,

Comments