mari ber'piknik' di bagan lalang

selama 4 hari cuti sempena tahun baru cina, kami hanya melepet dirumah sahaja. kecuali abang aqil. huiii happening betul anak ibu sorang ni. kebetulan plak masa cuti panjang tu, mak sedara aqil (merangkap adik kepada madie) n sepupunya (abang long) datang cuti-cuti malaysia kat KL. hari sabtu tu, adik ipar aku mintak kebenaran nak bawak aqil gi sunway lagoon. izz xleh follow sebab xleh nak handle lagi. aku n madie kata ok je. pepagi ahad lagi, aqil dah siap. kakak izz macam biasa ingat abang nak gi sekolah, ikut lawatan...hehehehe. kesian kakak masa tu. bila dia tengok kawan mak su datang amik abang aqil, dia pun start la bukak radio..."nak ikut...nak naik kete hitam tu jugak".. tapi terpaksa redha je la, membiarkan abang aqil pergi.. so, kami pun saja la bawak kakak gi pusing-pusing area pandan ni je...





hari isnin, tu kami geng G5 gi berkelah kat bagan lalang..biasala last minute punya plan. yang adanya 3 family je.. kebod, linda n mentibang. yang 2 family lagi balik kampung. kami sampai lebih kurang pukul 2 ptg, lewat 1/2 jam. punyala ramai orang...jalan dekat pantai tu sangkut. huiiii....memang x terkata ramainya. katanya linda, kata situ kalau time2 cuti n hari sabtu ahad memang pack. tapi syok la, macam-macam pesen orang ada.





kami, G5 ni, kalau gi berkelah @ berkumpul kat mana2 mesti potluck. seronok n jimat. dari beli makanan kat luarkan. baik kami masak sikit sorang n kongsi ramai-ramai. yang syoknya berkelah kali ni, siap bawak dapur kecik, cerek air, nugget yg belum digoreng n tepung cokodok adabi....hehehehe... memang best habih la. kami ingatkan kami je yg bawak dapur...rupanya ada satu family ni, duk x jauh dari kami...siap bawak tong gas nak masak...hahahaha..tu baru betul. semuanya masak kat situ. kami lepak sana dari air pantai tu sayup mata memandang, hinggalah air pantai tu dah dekat dengan tempat kami lepak...


budak-budak la yang paling best. main pasir...buh atas kepala buat macam shampoo rambut..tensen betul.. tapi tempat kami lepak tu kira ok la, dekat dgn surau n tandas. tandasnya pun bersih la jugak.
pukul 7 tu kami dah pack nak balik...huiii penat jugak, walaupun duk melepak je..penat dengan budak kecik yang xnak tido...hehehehe.







p.s : balik malam tu lalu highway MEX - putrajaya/cyberjaya. rupanya lagi dekat n selesa dari lalu ikut KLIA. tol pun hanya rm2.50 sahaja..kalau lalu PLUS - Sg. Besi -KLIA, tolnya rm7.70 (ingat2 lupa ni)..jalan pun agak sesak...


xxx,

Comments

  1. Wah.. seronok cuti pjg masa raya cina..
    Meriah tengok famili berkumpul mcm ni :)

    ReplyDelete
  2. kak ita : syok sangat. tapi jauh la bagan lalang ni, lebih kurang 70+km dari rumah kami..

    ReplyDelete
  3. kami dah berpuluh kali plan nak ke bagan lalang ni.. tak menjadi jek.
    ooopss itu abg aqil and kakak izz pakai baju nada buat ke? tapi tak nampak sgt... I loike!

    ReplyDelete
  4. sis : xleh plan...kena terus jalan..hehehe.. baju nada buat la tu. kakak kata dia sexy..ahaks

    ReplyDelete

Post a Comment