masa

sekarang ni agak susah sket nak update blog. takdek masa panjang yang boleh duk depan komputer sambil goyang-goyang kaki.

hari sabtu lepas aku n madie kluar dating. kebetulan pulak masa tu adik aku ada. kiranya aku amik kesempatan la ni. mintak tolong adik aku tengok2 kan anak-anak kat umah. time tu iman dah tido, aqil n izz je la lom lagi. izz plak time tu baik punya borak dengan ayah dia. siap citer nak gi tengok wayang lagi. macam tau2 je kami nak kluar tengok wayang. bila dah settle semua, lebih kurang pkl 9.45mlm kami kluar, nak catch-up movie pukul 10.30mlm. memula nak tengok avatar 3D, tapi lewat sangat habih citernya. lagipun kat KLCC nun. akhirnya, tengok citer Legion kat MBO Galaxy Ampang. Ok jugak tempat tu walaupun shopping mall nya hidup segan mati x mau.

bila keluar berdua dengan madie je rasa macam syok sangat. aiiii... bukan kami x ingat anak ye. ahaks. bukannya apa, nilah masa yang kami ada untuk relax dari semua urusan dunia. walaupun hanya 3 jam. nak cari masa berkualiti bersama suami agak sukar sikit bila bilangan anak sudah bertambah..hehehe.. ya ka? ada yang kata ya & ada jugak yang berkata tidak. tepuk dada tanya masa.

tapi masa yang paling berkualiti adalah bersama suami, anak-anak & keluarga. ketika anak-anak masih kecik & ketika inilah kita nak peluk, nak cium, nak dodoi, nak timang, nak belai, nak manjakan anak-anak. bila anak-anak dah dewasa situasinya mungkin berbeza. alasan, anak dah besar panjang... bila aku tengok aqil, izz n iman tido, mesti melintas rasa sebak di dada. inilah harta yang aku lahirkan. inilah harta yang aku kena jaga & didik sampai mati. inilah harta yang akan mendoakan kami kelak. Ya Allah harta-harta ni adalah amanahMU, berkatilah mereka hingga ke akhir hayat.



p.s : .............


xxx,

Comments

  1. It's so true..
    mcm tak cukup je 24 jam dlm sehari..
    Quality time is the best!

    Enjoy ur day :)

    ReplyDelete

Post a Comment