huru hara

hujan lebat tiap petang sekarang ni. macam tu lah lebih kurangnya dalam rumah. huru hara. kelam kabut. dah lebih 3 minggu kami balik dari besut-kota bharu-kl... tapi keadaan rumah masih lagi tak dapat dikawal. yang dah besar, boleh la disuruh-suruh buat kerja, tapi tak boleh suruh acap kali, nanti banyak pulak alasannya. yang kecik ni tetiba suka sangat menangis sampai habih suara. orang kelate kata "selok ke diri"..aduiii.. tak kena sket, nangisnya panjang.. madie kata "sakit gusi, gigi nak tumbuh". dah nampak putih2 kat gusi bawah iman. 2 batang gigi, mungkin nak naik serentak. tu la pasal menangis bagai nak rak!.. yang abang n kakak dulu relax je masa nak tumbuh gigi. xdek n tak merengek. tapi air liur tu memang luar biasala..macam air terjun. iman ni memang nak menduga kesabaran aku...hehehehe.. alhamdulillah, aku masih lagi bersabar melayan kerenah anak2 terutama iman.

ada orang tanya, "mana lagi senang nak jaga antara 3 orang ni?"...hmmmm...yang paling senang sekali anaqi aqil. tak cerewet, tak meragam, tak banyak kerenah, suka gelak, suka melayan diri sendiri..pendek kata baik budaknya. no 2 mestilah izz insyirah.. menangis non-stop di malam hari lepas balik dari hospital bersalin. 7 malam berturut-turut..aku memang rasa tertekan yg amat sangat masa tu. tapi madie banyak menolong. lepas hari ke 7, pusat tanggal...automatik izz boleh tido dengan lena siang n malam... yang no 3 ni, teramatlah mencabarnya, memang kuat menangis dari dalam pantang, ingatkan ikut macam kakak lepas pusat tanggal boleh diam, rupanya tak mau diam jugak..hehehehe... sampaila ke hari ni.. dah pesen dia suka nangis.

ada orang tanya lagi, "takkan 3 je..orang kata tak balance...". ..hmmmmm.. rasanya cukup la tu 3 orang. madie kata, kalau lepas ni ada rezeki lagi kami terima, tapi kalau takde rezeki nak dapat no 4 pun kami terima. alhamdulillah dengan rezeki yang ada.




xxx,

Comments

  1. huh... pening2, ibu...:)

    wa respek sama lu.. tahap kesabaran sgt tinggi. Jarang sekali naik suara ngan anak2.

    Jgn wa... suara cam halilintar membelah bumi!

    anyway.. ni suka2... anda telah ditag.. chewah.. pandai pulak nak tag-tag orang.. hehehe.

    ReplyDelete
  2. hahaha..sis bab naik suara ni belakang tabir je. kalau depan tabir kang, habih gajah & rimau hutan belakang ni datang...ahaks

    wahhh...kena tag sudah..ahaks..sudah pandai menge'tag' orang plak..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment