facebook


bila bercerita pasal facebook ni ramai yang akan bagi feedback samada baik atau buruk. tadi aku ada baca status kat facebook : 'fb ni banyak keburukan, nak maintain ke, nak tutup akaun ke @ nak biarkan saja'...

pada aku la, tepuk dada..tanya tuan punya diri. ada jugak aku dengar, duk ralit main facebook sampai dapur pun x berasap, anak-anak terbiar..betapa syoknya main facebook. ish..ish..ish..ni memang melampau. berpada-padala kalau nak berfacebook pun. kalau dah gitu gaya baikla ditutup saja akaun tu. berfacebooklah kamu, sekiranya kamu mempunyai luang waktu. jangan biarkan facebook tu menguasi kita. benda-benda macam ni sebenarnya perkara remeh saja. tapi bila keadaan x terkawal, benda kecik pun leh jadi haru biru.

dalam suratkhabar pun macam-macam citer, yang bermulanya dari facebook. hmmmm, bila dah jadi kes polis, x berani la aku nak citer panjang, takut kang pc kena angkut, ahaks...teringat lagu pak pandir, " ada otak pandai, ada akal pakai, ada bijak gadai...."

apapun, facebook adalah antara aplikasi yang banyak digunakan untuk berniaga. syok jugak kalau usha2 barang diorang..tapi yang x bestnya, yang suh masuk rm100 lah, rm 5 la...pastu duit tu boleh beranak2..hmmmm, macam-macam gaya nak suruh orang terjelepuk dengan benda-benda gini..

so guys, use it wisely ya....same goes to me peace




xxx,

Comments