Bali : Kintamani


Gunung Berapi Batur



x lalu nak makan

perjalanan nak pi lunch ke Kintamani punyala lama aku rasa, hanya 60km tapi perjalanan hampir 2jam..tu yang siap buleh tidoq lena ngantuk , sedar je dah sampai kat kedai souvenir kat area situ gak la...hmmmm sebesar2 kedai tu benda yang aku beli adalah keychain surprised...hehehehe..barang-barang lain agak mahal la jugak dan lagipun banyak lagi tempat yang nak singgah. lebih kurang 1/2 jam lepas tu, kami pun gerak naik bukit, aku pun mula la start pening pala balik...aduiii la..gigil, rasa nak muntah pun ada, lagi pulak perut pun dah lapar. sampai kat atas bukit tu memang sejuk bangat..huiii nyaman, aku pulak sememangnya gayat + dengan sakit pala = x boleh nak buat apa lagi dah. lupa la pulak nama kedai makan tu, tapi syok la sebab sambil makan buleh tengok gunung berapi Batur. huiiiii....seram sejuk jugak aku dibuatnya, manala tau kan, tetiba keluar asap gunung berapi tu...hah hehehehe..tapi tu memang view yang paling best la, walaupun makan x lalu kannn.

eh, lupa pulak...sebelum bertolak ke Kintamani tu, kami sempat pi tengok Barong & Keris Dance. agak memboringkan sket bagi aku..satu : x dengar apa pun yang depa cakap masa show tu
fikir..yelah, walaupun kita x faham apa yang depa cakap, at least kita nak dengar jugak kan liuk lentok bahasa depa tu.. dua : muziknya terlalu kuat hingga meneggelamkan suara para pelakon... mungkin jugak pelakon-pelakonnya yang agak veteran, xleh nak maintain dah suaranya, lagipun show tu ada setiap hari...






barong & keris dance

perjalanan turun dari kintamani memang mengharukan merajuk...sangat sadis n tragis..hahahaha. masa turun tu, tayar van kami tu pecah, bila nak tukar tu 'benda' yang pulas nut kat tayar tu ( aku xtau apa namanya..kalau jek kereta tu tau la...hahahahaha) patah la plak..haru biru. memang masa tu xleh nak buat apa dah, pi pinjam kat tempat rumah orang yang berdekatan pun x leh guna jugak, sebab x padan dengan saiz..akhirnya terpaksalah kami menahan van lain.. petang tu kaum adam ada hal nak ke GWK (kalau orang indon, depa xleh sebut hurufkan..depa sebut Ga Wey Ka..haaa setiap huruf tu ada bunyinya...). petang tu kami sampai villa dengan kepenatan yang amat sangat...



yg kelabu tula van kami...
yg gambar tgh n kanan sekali tu van yg tolong anta kami 1/2 way,
1/2 way lagi naik plak van lain..



xxx,

Comments