yang terakhir

semlm aku ada check-up lagi kat al islam specialist. seperti yang dijangka, aku diminta doktor untuk masuk wad. kesnya, aku dah start contraction disebabkan urine infection. macam biasalah doktor nak inject dexa ataupun ubat untuk matangkan paru-paru baby, sesungguhnya ubat tu memang perit+pedih dah amat sakit. dah serik amik ubat tu masa pregnant kat iman aritu. ubat tu boleh protect paru-paru baby incase aku bersalin sebelum 38 minggu. hmmmm.... tapi aku cuba dulu antibiotik kuat sket dan semestinya ural. harapnya semua akan ok sehingga minggu ke 38 tu.

aku pun dah bincang dengan doktor semalam untuk bersalin awal bagi mengelakkan terkena jangkitan pada baby..jadinya 27.5.11, insyaallah kalau xdek apa-apa selamatlah aku bersalin. macam biasa induce lah. sakitkah induce?? hmmmm aku pun xtau la nak kata dah...bagi aku lepas melahirkan 3 orang anak ni, bila kena induce tu rasa macam contraction biasa dah..mungkin salah satu sebabnya aku dah biasa dengan induce, yang ke 2 nya plak disebabkan contraction aku dah bermula seawal 8 bulan, jadinya x terasa sangat. akan tetapi, mula-mula kena induce masa nak bersalinkan anaqi aqil tu memang menyakitkan, maklumlah x pernah rasa sakit bersalinkan.. apapun aku amat berharap supaya semuanya selamat & Normal.

barang baby pun x siap lagi nih, baru 30%..huhuhuhu sungguh sadis, cadar baby belum jahit lagi. barang aku untuk ke hospital (in case of emergency) pun x siap jugak lagi..kemalasan melanda amat teruk sekali pregnant kali ni. yang paling teruk sekali, nama baby pun x carik lagi nih...hari sabtu ni aku ada trip ke melaka dengan geng G6..harapnya semua barang baby + aku utk ke spital boleh settle la seblm bertolak...

jadi, rasanya inilah yang terakhir @ no.4... lepas ni aku nak tutup buku.




p.s: next week aku ada check-up lagi...hmmm dah start check-up every week ke? mcm musykil pulak dah...hehehehe




xxx,

Comments

  1. kak bie...27/5/11 ker?klau btul sama besday ngn angah la...hope semuanya ok la ek

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...harap semuanya ok.. :D exactly due 10.6.11 40 weeks...

    ReplyDelete

Post a Comment