G6 Trip ke Melaka pt II

hari last kat melaka, kami semua pekena masak assam yang betul punya sedap. tapi nama tempat tu memang aku x ingat...nama tempat tu pun x ingat jugak. apapun memang sedappp lah!

sebelum balik tu kami sempat meronda-ronda bandar melaka dan naik cruise. tapi 4 family je yang follow, yang 2 lagi dah balik KL lepas makan tengah hari tu. aku ni macam biasalah, naik je mana2 sampan @ bot @ kapal besar sekali pun, mesti ada pening-pening lalat blur tambah pulak dengan bau-bauan sungai melaka tu kan, menambahkan lagi pening aku...

ada jugak pemndangan yang menarik sepanjang sungai melaka tu, terutamanya bangunan yang depa lukis.




yang ni gambar hang tuah, tapi x nampak la pulak..berselindung disebalik tiang lampu




kakak izz & abang iman (iman dah naik pangkat skrg kenyit),
abang aqil duk dengan geng dia.


walauapapun, percutian ke melaka ni memang menarik, dan seperti biasa melaka memang akan packed kalau tiba weekend dan lebih-lebih lagi time cuti sekolah. nak carik parking pun susah. rancanglah percutian anda sengihnampakgigi





p.s : tahun ni ramai ahli G6 yang menambah ahli keluarga...tahniah!










xxx,

Comments