G6 trip ke Melaka




lepas dirancang berbulan-bulan lamanya, maka terlaksana lah sudah trip kami tahun ni ke Melaka selama 2hari 1malam. Tempat utama yang dituju sebenarnya Melaka Wonderland, terima kasih pada Jun sebab menyediakan kupon untuk geng G6. Banyak buleh kami jimat dengan kupon tu.

panas terik langsung x menjadi masalah pada budak2 ni encem. huiiii...memang sunburn habih la walaupun satu badan disapu dengan sunblock. sampai ke date entry ni kluar, bentuk baju mandi kat badan izz masih lagi melekat...sengihnampakgigi





kat melaka kami sewa banglo...huiiii....memang besau, banglo yang merangkap homestay ni terletak di Umbai. rumah ni ada 5 bilik dan ruang tamu yang luas, dapur yang lengkap dengan semua barang. tilam extra yang banyak. memang tepat sekali kami pilih banglo ni dengan ahli kami yang makin lama makin meningkat. dari duk hotel, baiklah amik homestay kan...baru rm180. pada sesapa yang nak try usha banglo a.k.a homestay ni, bulehla log ke blog http://homestay-melaka-umbai.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut...siap promosi nih! encem

bab makan ikan bakar kat umbai malam tu aku malas nak citer...memang menyakitkan hati dan aku dah siap banned kedai tu...hampesss je..



orait, nanti sambung cerita kat next entry..last day kat melaka....





xxx,

Comments