1001 kisah

pengalaman bersalin kali ni memang aku akan ingat sampai bila-bila.

seminggu lepas madie balik dari outstation, merupakan hari-hari yang sangat teramat sibuk bagi dia. dan dalam seminggu tu jugaklah contraction aku menjadi-jadi. kesian jugak la madie sebab agak kelam kabut dengan kerja dan kadang-kadang terpaksa amik anak-anak kat sekolah lagi. till one day tu aku dah tak rasa baby bergerak. sangat statik. lewat petang tu baru ada rasa sket, tu pun macam rasa dia cuit je...

hari isnin, 23hb aku rasa tak sedap hati, call madie cakap kena gi klinik n buat check-up sebelum gi spital. dan sememangnya doktor memang suh spital cepat la kalau boleh. balik umah, bincang punya bincang, aku gi spital esok harinya je lepas menguruskan anak-anak.

24hb...paginya madie uruskan aqil n izz ke sekolah macam biasa. aku uruskan iman sebelum hantarnya kerumah che ra. lepas tu, madie bawak dulu iman gi opis dia sbb aku nak kena siapkan barang-barang yang nak bawak gi spital. dah settle semua..aku drive pi opis madie, tukar kete n bawak iman gi rumah che ra..madie plak kena amik budak-budak ni dari sekolah pulak. lepas anta iman, aku drive balik setiawangsa n tukar balik kete dgn madie...huhuhu.. sebelum ke spital tu aku sempat lagi breakfast kejap dgn madie, tapi memang dah x lalu nak makan la.. pkl 11.30 aku drive pi spital sorang-sorang....

sampai spital tu terus buat appoinment lain utk jumpa doktor immedietly. so, macam biasala doktor scan dulu tgk baby duk tang mana, n resultnya masih lg melintang..so dari situla aku tau yang aku memang dah kena czer jugak. doktor dah cuba pusing tapi baby pusing balik. memang sakitla perut bila baby dah besar n duk melintang pulak. buat ctg...resultnya pun ok.. masa masuk jumpa doktor norlida, dia buat scan skali lagi untuk sahkan keadaan baby dalam perut dan aku dinasihatkan untuk buat czer sbb baby memang x akan pusing lagi dah. so, aku pun setuju n sign borang. jadinya aku kena warded dulu untuk rehat sehari, dan akan di cezer on 25hb tu..

so, aku la terpaksa menguruskan semuanya tanpa madie...huhuhuhu, memang sedih giler, tapi nak buat camno kan madie kena uruskan budak-budak. yang part paling bestnya, nurse amik wheel chair nak tolak aku masuk ward..tapi macam segan la plak kan sebab aku rasa sihat je..so aku dengan nurse tu carry la beg sorang satu naik ward..orang lain yg tengah tunggu turn nak amik ubat @ jumpa doktor tengok semacam je kat aku...hehehehe, agaknya depa fikir, "kesian budak ni, mana suami dia ek?"...hahahahaha.... memang survivor giler la aku rasa, semua buat sendiri.

segala urusan masuk ward tu settle dalam pkl 2ptg. aku pun nak berehatla kat katil... penattttt... tup tup nurse datang.. "feby, u get ready ye...doktor nak buat ceaser petang ni jugak..".. tetiba aku jadi blurr....errkkk..apasal petang ni aku tanya nurse. dia ckp " dr ida will explain to you".. aku pun macam tetttttttttttt....hah??? apakah??adakah??kenapakah?? kan semua nak tanya..
10 minit lepas tu dr ida dtg n bagitau aku, " dalam urine u dah ada darah..contraction tu ada tapi u x rasa. dan dalam kes ni, i kena ceaser tu hari ni jugak sebabnya kemungkinan besar uri u dah lekang dari rahim, sebelum baby lemas, kita kena kluarkan dia. so, pkl 5 nnt i jumpa u kat OT.." aku jawab sepatah je.. "ok"..

aku terus call madie..n madie pun blurr kejap..aku cakap dia kena sampai spital b4 pukul 5. nasib baik aqil dah hbh exam sekolah agama hari tu. Tepat pkl 5 ptg aku dah dipanggil nurse..madie sampai 10 minit lepas tu, aku duk tunggu dia depan pintu OT sambil duk borak2 dgn dr. farah, pakar bius kat situ... sebelum masuk OT tu madie cakap " sori yang, abg xleh teman masuk OT ni, take care ye"..huhuhu.. sebelum bersalin tu aku memang ada mintak dia tunggu aku dalam labour room since yang ni baby last..tapi tu lah x dapat ditunaikan jugak.

dan dipendekkan cerita, aku selamat melahirkan seorang lagi baby boy seberat 2.9kg.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar n tanpa disedari ada pulak fibroid sebesar ibu jari masa doktor duk cuci2 dalam perut aku dan dah selamat pun dikeluarkan. Hikmah disebalik aku kena ceaser. kalau x ceaser haritu, mgkn aku kena ceaser pada hari lain utk keluarkan fibroid tu.


p.s: sakit jugak ceaser nih.....huhuhu



xxx,

Comments

  1. anda memang tabah cik byie... it's your best strength. tenang menghadapi dugaan sakit. kalau k.yanti, jangan harap nak boleh drive tu....

    next time, ask for help ya.

    ReplyDelete

Post a Comment