Rug Gaya Spa

"kalau gi spa ayang nak x? abang belanja..untuk 3 hari.."

itulah dialongnya. mula tu aku confuse, tetiba je nak suruh aku gi spa kan. 3 hari pulak tu, biar betul pakcik ni...macam ada apa2 je...hahahahaha..biasalah kan kalau dah tiba-tiba tanya benda-benda pelik..rupanya nak suruh bini pi urut2 badan, kesian sebab nampak lesu je..ahaks

dalam 30 hari berpantang, aku pun pi lah manja-manjakan diri kat spa...fully sponsored by mr hubby for 3 days. mulanya rasa macam, huiisshhh....syokla dapat pi spa kan..urut-urut..relax-relax..huhuhuhu, tapi bila dah merasa sekali..hmmm bukanlah syiok sangat macam dalam tv tu..sebabnya aku amik 'post natal care package'..so, urut macam bidan biasa je la. cuma xlah extreme sangat sbb aku ceaserkan. tapi kalau nak mandi bunga tu ada je kat sini.




untuk pakej lepas bersalin ni : massage + tungku + herbal bath + lulur + bengkung + (tangas - ni kena lepas 30 hari baru boleh buat dan kena tambah rm20 kalau nak..optional la). minimum kena datang urut selama 3 hari. untuk sehari, rm129.00. kalau x nak gi kedai spa tu pun, buleh je buat appointment suruh dia datang rumah. tukang urutnya 'mak bidan' dari indonesia. best jugak la cara makcik tu berurut..

Rug Gaya Spa nama tempat nih, dan beralamat di Business Suite Setiawangsa..macam-macam pakej ada. kalau uols minat nak relaxkan badan sekali sekali buleh la cuba tempat ni..apapun terima kasih ye en madie sbb bagi pulak aku sambung sesi urut-urut kat sana at least sebulan sekali... love









xxx,

Comments