selamat hari jadi



hari jadinya dah lama lepas, tapi baru nak post kat sini. hari jumaat, 22.7.2011 lepas, genaplah aqil 8 tahun. sekejap je masa berlalu. sekarang aqil dah ada 3 orang adik. bertambahlah tanggungjawab aqil kat rumah. amik itu, amik ini, suruh itu, suruh ini. kadang-kadang dia mengeluh jugak, yelah..penat! kesian aqil. apapun, aqil adalah anak yang baik.love

malam tu ayah balik dari out station penang terus bawak kami keluar makan kat tempat feveret aqil n izz, Secret Recipe. tapi malam tu hanya kami berlima sahaj termasuk ariq adam. idraki iman masih lagi kat rumah ibutok n tokwan hinggalah entry ni ditulis.sedih...

Doa ibu n ayah untuk anaqi aqil, semoga menjadi anak yang soleh dan akan berjaya di dunia n akhirat. semoga anaqi aqil menjadi seorang abang yang baik dan menjadi contoh pada adik-adik. semoga anaqi aqil sentiasa mendapat syafa'at dari Allah SWT dalam kehidupan seharian.









xxx,

Comments