pneumonia

Salam semua..

sebenarnya kali ni aku bersiaran secara langsung dari ward A, Hospital Pantai Ampang, Selangor.. :D

Macamana boleh dapat penyakit paru-paru berair @ pneumonia nih?..hmmm, katanya doktor kelmarin, ada sejenis virus yang kuat dah berjaya masuk dalam paru-paru aku dan menyebarkan kuman-kuman sampaila aku jadi sesak nafas yang kronik.

Mulanya aku selsema je, biasanya makan actifast 2 kali tu, Insyaallah dah boleh hilang. Kali ni melarat hingga aku dapat batuk. Kira normal la jugakkan, lepas selsema tu batuk pulak. Masalahnya, batuk aku menjadi lebih teruk hingga aku jadi sesak nafas tengah malam tu. Mintak tolong en. Nana urutkan belakang sebab rasa sakit ya amat belakang aku, pun x jalan. Sudahnya aku aku x dapat tido.

Pagi jumaat tu badan pun rasa macam nak demam, mata dah rasa panas. Lepas en. Nana hantar anak-anak pi sekolah, aku pun pi la klinik. Doktor kata teruk jugak lelah aku tu, biasalah lepas tu kena amik neb. Amik neb seround, x jalan..xdek perubahan. Kena pulak amik sekali lagi 1/2 jam selepas tu. Dah nebuliser lepas tu pun, masih xdek kekurangan. Lung aku x clear langsung. Seperti biasa, kenala refer ke hospital plaks.

Tapi aku x terus gi sana la, balik rumah dulu sebab x larat sangat, mata ngantuk..nak tido dulu. Kesian en. Nana sebab kena struggle la sket dengan anak-anaknya yang 4 orang tu. Iman pun x sihat jugak masa tu, batuk n selsema n kahak banyak. Sekarang ni ariq ada dengan nona kat kota damansara..sebelum ni dengan Su Yanti..TQVM

Hmmmm, dipendekkan cerita, hingga ke saat aku menaip ni, lung aku masih belum expend dengan baiknya lagi. Kuatnya virus tu sampai aku terpaksa menelan steroid setiap hari. Macam-macam penyakit aku dah kena, dugaan Allah untuk aku...aku juga berharap semoga cepat sembuh dan dapat menyelesaikan semua urusan yang tertangguh secepat mungkin.

- fbysam -

Comments