makan & makan



assalamualaikum..


lama betul tak berblog. lepas keluar spital aritu, banyak keje yang nak dibereskan hinggalah ke hari ni dan banyak jugak cerita yang belum di update.

seminggu selepas kami pindah umah, saja la nak buat bbq utk family, sedara mara, ipar duai & sepupu sepapat. kalu bab makan-makan ni memangla semangat tu lain macam sket.. :D. madie macam biasala siapkan kambing & ayam marinate, aku buat kuah spageti & puding trfille, kak yanti buat salad & sandwich, nona buat kuah rojak...


kek kat tengah tu adalah sempena birthday ibutok & nona...pastu aku dengan madie join letak nama sekali sempena anniversary kami yang ke 9...huiiii dah 9 tahun rupanya kami kawin, kejap je masa berlalu...anak pun dah 4 orang..hehehe...













xxx,

Comments