makin hari makin tua!


salam

sekejap je masa berlalu. anaqi dah nak naik darjah 3 tahun depan, dapat pulak jadi pengawas sekolah dan izz pulak akan masuk balik kelas PASTI 6 tahun.





hmmmm....exam akhir tahun aritu oklah untuk anaqi aqil. dalam SAPS dia dapat no. 5 tapi result yang cikgu tulis dapat no. 7. tak kisah la mana-mana pun semoga mendapat result yang lebih baik lagi tahun berikutnya.



Izz & best friend Ecah


Izz Insyirah pulak sangat memeranjatkan kami. dia dapat no. 2 dalam kelas dan dapat 8A (semua subjek). aku n madie selalu je perhatikan dia masuk kelas, start dari turun kereta sampaila ke depan muka pintu kelas, dia buat muka poyo je...kengkawan tegur pun dia buat tak tahu je dan banyak diam. tapi masa duk borak-borak dengan cikgu dia aritu, cikgu kata dia cepat je nak jawab dari kawan-kawan dia. kekadang tu bila cikgu tanya kawan dia, dia yang sibuk angkat tangan nak jawab. wahhhh....progress yang bagus la kan. kami duk ingatkan dia ni pendiam je dalam kelas. awal tahun aritu mungkinla kan banyak diam, exam awal tahun dapat no. 12. cikgu pun duk puji, "insyirah ni pandai budaknya..." perbezaan sikit anaqi dan izz ni, izz suka baca buku, mulut dia tak berenti mengeja dan hafal doa-doa yang dia belajar.. kebanyakkan orang cakap, biasalah anak pompuan..rajin sikit dari yang laki...mungkin la kot..

walauapapun, aku dan madie harap kesemua anak kami berjaya dalam kehidupan masing-masing.. love


xxx,

Comments