Restu Ibu, Ulu Kalong

26 disember lepas, madie bawak aku gi mandi sungai kat Ulu Kalong, Ulu Yam. Tempat tu di panggil Restu Ibu. Seawal 8 pagi kami gerak menuju ke RnR Rawang untuk join geng TROOPERS lain..konvoi!


troopers family

Selain dari G6, ada lagi group lain yg namanya Troopers..ni kiranya geng2 yang layan lagu angguk-angguk, geleng-geleng...peace hehehe.. kami jarang-jarang join aktivti group ni sebab kekadang tu masa tak mengizinkan. ahli group ni lebih kurang geng G6 la, tapi ada jugak yang anaknya dah cecah 16 tahun..syok jugak join depa ni, walaupun metal dalam hati ada taman!





citer kat Restu Ibu pulak... tempat ni memang best habih la, air sungai yang jernih. tandas pun ok, xdek bau-bauan yang kurang menyenangkan. surau disediakankan. tempat perkelahan yang sangat syiok, mana taknya duk berkelah dalam dusun...siap buleh dengar dan tengok buah durian jatuh depan mata..tapi yang dekat pokok durian tu tuan tanah dah letak line siap-siap xleh duk situ. kang ada yang kena masuk hospital. ada pokok manggis, pokok pulasan, langsat, rambutan...errkkk memang macam-macam jenis la. dan dengan ada pokok ni semua, tempat ni bertambah lagi sejuk dan redup. encem. aku dan madie memang berkeinginan nak gi lagi kat Restu Ibu ni, nak bawak anak-anak & family gi mandi sungei. hari tu gi bertiga je.. kenyit



ariq & aweks


kawan baru







p.s: G6, jom kita berkelah kat sini...BBQ pun boleh!



xxx,

Comments