Kisah bulan Mei, 2012

Assalamualaikum,

Aku kehilangan...x sedar yang aku pregnant 3 1/2 bulan, aku gugur. Menses  cycle yang x pernah regular menyebabkan aku ignore dengan benda2 penting macam ni.

Sebelum kejadian ni, aku balik kampung dengan flight sorang2 disebabkan ada kecemasan. Balik pun sehari je. 2 hari selepas tu aku x sedap badan, mungkin sebab penat menguruskan hal2 di kampung..siap suruh anak2 pijak2 belakang, sebab dah lenguh pinggang n sakit2 badan..

Malam tu en. Nana belikan nasik kukus..perut lapar, tapi xdek selera nak makan. Pukul 10 lebih baru la nak menjamah makanan, sambil suap Idraki Iman skali.. Tetiba aku rasa pelik, celah kaki aku turun darah.."oh, mungkin period..byk betul darahnya..mmm".. Tapi lepas tu makin lama makin banyak sampai aku jadi panik kat atas kerusi.. Call en. Nana yg duk kat ruang tamu tgh tidokan ariq adam..terkejut la jugak kan!
Disuruhnya aku masuk toilet untuk cuci apa yang patut. Dining hall dah banjir dgn darah. Terdetik dalam hati, aku gugur ke?? Hmmm...

Dalam toilet aku dah rasa semacam, seram sejuk n nak pitam..nasib baik aku sempat bukak pintu n jatuh depan bilik air..muntah pulak depan toilet! En. Nana, sempat call kawannya yg keje doktor, "byk hilang darah, gi hospital cepat".. Sempat call pakcik jiran untuk tengokkan bdk2 ni kejap..pastu call pulak makcik aku yang duduk kota damansara mintak tolong datang malam tu jugak..

Aku dah seram sejuk satu badan..muka dah pucat lesi, darah dah stop..on d way gi spital sempat lagi aku tanya en. Nana "macamana ni? Blh ke x blh? sempat ke x?"..merapu2 dah bercakapnya..

Aku dibawa ke spital pantai pandan indah, ampang.. Apa yg nurse tanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Masa duk kat emergency tu, darah turun lagi..non stop kali ni.. Nurse n doktor on call sedikit panik bila mesin xleh nak detect pulse n semua nya bunyik bip..bip
Aku pulak rasa mengantuk sangat time tu, nurse x bagi tido.."jangan tido dik, oksigen x naik ke otak ni.. bukak mata dan cuba borak2.." Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui keadaan aku yg agak kritikal masa tu..

Pakar o&g sampai...aku ditanya macam2 soalan..mana nk boleh jawab dengan waras sangat..hinggala aku ditolak ke bilik lain utk scan. Doktor Suhaimi kata aku dah pregnant 3 1/2 bulan..nak kena masuk OT utk d&c..pakar bius pulak take turn tanya soalan biasalah sebelum masuk OT.. Sebelum masuk bilik OT sempat la jumpa en. Nana dlm keadaan sedikit waras.. 😘

Duk depan OT aku sempat lagi request dgn doktor yang aku mengantuk sangat, x tahan dah nak tido.."ok, lepas ni boleh tido n rehat banyak2..InsyaAllah semuanya akan ok!"

X sedar, till next morning..Ya Allah, syukur Alhamdulillah..semuanya ok! Doktor Suhaimi kata masa dekat OT bleeding agak banyak, tp Alhamdulillah dah ok. Aku hilang 4 pain darah, dan masa dalam ward dapat cover 2 pain je..yg lagi 2 tu kena makan makanan utk tambah darah.. Masuk darah thru IV drip sangat menyakitkan sampai nangis2 aku dibuatnya..

Apapun syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri! Aku insaf dengan apa yang terjadi dan moga Allah hapuskan dosa2 yang telah aku lakukan!






πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹!!

Comments

Post a Comment