Cerita Masuk Sekolah!

Assalamualaikum,

Dah masuk 21 Januari 2014 pun. Cepatnya masa berlalu. 

Tahun ni anak aku yang no. 3 dah masuk tadika 5 tahun. Namanya Muhd Idraki Iman. Sangat manja, mungkin tak dapat cukup kasih sayang sebab umur 1 thn 9 bln dah dapat adik. 

Hari mula sekolah tu, Iman memang excited sangat. Syok nak pi sekolah katanya. Beratur dan masuk kelas dengan senang hati. Memang xdek masalah langsung. Alhamdulillah la, sebab semua ok kan. Time balik tu, aku pi tunggu awal sikit la sebab saja la nak tengok dia dalam kelas macamana. Keluar je pintu kelas, cikgunya cakap...Idraki menangis tadi dalam kelas...Aku pun macam errkkk..hehehe, tercekik tulang. Tadi elok je masa nak tinggal, siap tunjuk jari 'Best' lagi... Masa memula sampai sekolah tu, memang la ramai budak duk nangis. Iman steady je la. Tapi bila time orang lain dah senyap...dia pulak nangis. Adoiilaaa..macam-macam.... 

2nd day, dah tak nak gi sekolah..struggle nak pakai baju. Tapi disebabkan aku nak jugak suruh dia gi sekolah, aku pakaikan la jugak baju sekolahnya. Sampai letih jugak la aku dibuatnya..sakit tangan & bahu nak buleh pakai ke baju sekolah. Tapi bila dah masuk kelas, elok ada je...nangis jugak la, tapi sekejap. Till semalam pi sekolah, dah ok dah...walaupun muka sedih bila turun dari kereta..Aku hantar la jugak sampai pagar sekolah, cikgunya pun dah x bagi parents masuk..duk bye-bye kat pagar je la..



Cerita budak besar masuk sekolah pulak, macam biasa je..dah besarkan, drop je la kat pagar sekolah..Kakak Izz Insyirah dah naik darjah 2 dan abang Anaqi Aqil dah naik darjah 5..maknanya ibu & ayah semakin 'muda'...


Dan inilah Muhd Ariq Adam, 2thn 8bln, yang duk teman ibu kat rumah dan merangkap co-pilot ibu bila cukup time pi amik abang dan kakak..tersangat aktif dan tahan sakit. setakat luka sikit tu, dia buat tak tau je...









p.s : lepas ni boleh update blog dengan meriahnya sebab dah ada notebook & broadband mama miyah! :)



xxx,
 

Comments