Ter'bekoh'

 Assalamualaikum..

Terbekoh, kata orang kelate. Maksud terbekoh tu macam jahitan terrrkoyak sket. 'Bahasa KL' panggil apa ek?? aku pun kurang arif...

Lepas tengok result ultrasound, kata doktor pakar tadi, "yang tempat ada scar tu macam dah renggang sket. memang tak leh nak cantum balik dah. you have to wear girdle. untuk support tempat tu sebelum ia akan koyak...." eerrrkkkkk...bayangkan! itulah perkataan yang aku dengar dari doktor george.

Kisahnya...7 tahun lepas aku ada buat surgery utk buang bladder aku...rasanya ada entry dalam blog ni. dan lepas 6 bulan surgery, aku dah tak  rasa sakit, but still tak leh angkat benda berat la..selepas bertahun, aku dah baik sepenuhnya..Alhamdulillah.. dan tiba-tiba hari rabu lepas, aku rasa sakit kat tempat operation tu. Aik! awat pulak kan..rasa sakit & tak selesa..dalam hati ni memang dah risau semacam. Bila sentuh dekat parut tu, eh...kenapa tiba-tiba jari ni boleh masuk kedalam, rasa lembut semacam je & bila tekan tu memang la rasa sakit..bila rasa lagi tang bawah sket, parut tu masih lagi keras..yang atas je lembut. Husband aku cakap, "esok pi klinik..macam ada gap je kat tempat parut tu"... 

Pi klinik & kena refer hospital..and resultnya macam tu la...sekiranya yang bahagian dalam perut aku tu koyak, makanya dengan secara automatik aku akan di operate sekali lagi untuk cantumkan balik. Kata doktor, ini bukan sebarangan cantum..macam kain dah terkoyak tapi kita nak gunakan lagi, kita mesti nak kena tampal balik kan kain tu. So, itulah yang akan di applykan nanti.. Doktor akan tampalkan dulu dengan net dan jahitkan balik dan InsyaAllah tak akan koyak lagi. Fuhhhh....easy to say ha! Sekarang ni aku cuma kena jaga selagi yang boleh supaya bahagian dalam tu tak terkoyak dengan teruk.

Macamana buleh jadi gitu? sebabnya angkat benda berat, berat badan naik (yg ni bila badan dah kembang, bahagian dalam tu macam tak boleh nak tampung..tu yang macam terkoyak sket)..Means, aku kena jaga makan. Boleh join senamrobik (every week senamrobik sekarang!..hehehehe) tapi kena support dulu perut dengan pakai girdle..sebab terlalu banyak pergerakan boleh menyebabkan yang dalam tu tak dapat nk kontrol. Hmmmm....setakat ni,  inilah dugaan yang paling besar untuk aku. Semoga dipermudahkan segala urusan...




xxx,

Comments