zumba!!

assalamualaikum.....

hari ni takde gi mana-mana...lepas keluar breakfast pagi tadi, duduk borak je la dengan madi & budak-budak ni. lepas cuti deepavali ni, dah start final exam, iman, aqil & kakak. aqil baru je lepas UPKK untuk sekolah agama..kalau ditanya macam exam hari ni..jawapannya, hari ni medium ibu.. :P gitulah sokmonyo..tunggu je la resultnya nanti macamana..

sebelum lunch tadi, berzumba pulak dengan budak-budak ni... :D, jumpa kat youtube zumba for dummies..hehehe, download je la. walaupun step kelaut tapinya berpeluh la jugak. lebih kurang aerobik je kan zumba ni..3 jam lepas tu, makan..aqil cakap, hmmm baru je zumba tadi, buang kalori, ni dah makan nasik banyak balik...aiiii, perli ibu nampak..hahahaha...selera makan memang takleh ditahan-tahan lagi dah. diet atkins pun dah ke laut....






p.s: tak sempat nak ke gym...kat rumah pun seronok jugak kan... nexttttttt.... :)










xxx,

Comments