Exam


sambungan...

Lepas siri exam upkk tahun lepas, tahun ni ada 2 exam besar nak kena hadap..upsr & psra. Tapi yang nak amik exam ni, hmmmm relax je, yang kecut perutnya ibu. Macam ibu pulak yang nak jawab soalan tu nanti. Mulut ni kadang-kadang bebel jugak,  sampai ibu yang tanya anak.."abang tak penat ke dengar ibu duk bebel?"...😓.. Jawapannya sengih je. "abang, just study smart don't study hard..".."abang memang smart dah ibu"..tu dia..😏. 


Kadang-kadang kitorang pun tak push sangat, sebab cikgu pun dah banyak bagi kerja rumah, pastu kelas tambahan kat sekolah lg. Dengan kelas agama & kelas tambahan psra lagi. Takut nanti dia stress.

Tapi nak tinggal berapa hari je lagi nak exam ni, nampak la sket kesungguhannya nak study. So, just let it be, bila tak faham baru dia datang carik kita. Takde la kita nak duk sebelah dia je kan. Nak suruh dia rasa free & easy & relax.

Apapun semoga berjaya, buat setakat yang termampu ok. 💪

Comments