Buah Kundang

buah kundang besar kepala lutut....

cerita semalam gi Langat cari makan dan sambil-sambil cuci mata. jalan memang sibuk, kereta banyak & lori pun banyak. sebelum balik, sukun ternampak gerai buah tepi jalan.

"yang...besar betul buah kundang tu, besar kepala lutut. tak pernah lagi jumpa yang sebesar tu.."

aku macam, hmmmmmm buah kundang, takleh nak ingat macamana rupanya buah tu. 

pastu aku cakap,  " oooo ye ke, tak perasan pulak tadi.". 

tu ayat cover kononnya aku tau rupa buah kundang tu macamana, walaupun hakikat di sebaliknya. 😌😌.. 

sukun pun cakap lagi," ye lah, buah yang kaler kuning tu kan..tapi susah nak carik yang betul-betul manis.." (macam tau je aku tak tau). 

aku jawab, " haah "
" Nanti berenti tepi, abang rasa macam nak beli la, lama betul tak makan.."


akak yang menjual, "sekarang ni harga kundang rm50 sekilo dik, dah memang tak dapat harga lain. tahun lepas dapat lagi rm25 sekilo. memang mahal sekarang, amik yang kaler kuning oren yang gelap ni. manis.." haaaa, terkejut ok dengar harga tu, akak tu kata seguni sekarang ni dlm rm600, harga dulu memang tak sampai pun rm300 seguni.buah kundang yang besar gini datang dari perlis & siam katanyaaaa.

akak tu kata lagi, buah yang longgok tu dalam rm40 sekilo, kurang manis. kalau nak tau macamana tengok pada kaler kulit buah tu, agak pudar sikit.

ok, kami beli jugak seikat tu walaupun rasa macam taknak beli sebenarnya. tapi teringin punya pasal..hmmmm..seikat tu tak sampai pun sekilo, dalam rm35 gitu.



Alhamdulillah, manis....


p.s: kalau nak diikutkan, buah ni lebih kurang harga buah durian.


Comments