bukit saga pulak

Bukit saga...

Edisi baling belakang. Ni bukit yang ke 2 selepas Broga.... Bukit ni belakang rumah je, aku je yang tak tau. kali ni dengan iapr aku yang no 2. anaknya thaqif pun follow skali kitorang panjat. tapi trail bukit saga memang kejam bagi aku. al maklumlah time tu kan baru nak berjinak-jinak, tengok trail gitu agak mental la kejap..hahaha 

orang pun agak ramai masa tu, aku cakap kat diorang naik la dulu nanti aku follow dari belakang. suku bukit aku dah pewai. aku wassap sukun aku rehat dulu, gigil semua kaki aku, kepala pun pusing. memang lama aku duduk situ, sampai la aku nampak jiran aku lalu depan☺. jiran aku tu umurnya dalam 60thn lebih. memang jenis aktif berlari marathon dan panjat bukit ni. masalahnya dia memang berlari naik turun bukit saga tu. 

tiba-tiba dapat wassap dari sukun, dia kata budak-budak dah seronok main kat peak. peak tu ada buai, hammock & macam-macam. aku pulak time tu macam belah bagi nak naik ke nak turun. fikir punya fikir. naik la jugak walaupun lambat dan finally aku sampai ke puncak bukit saga buat pertama kalinya.. yeayyyy!

dan selepas tu ada la siri-siri panjat bukit yang lain pulak...










p.s: sekarang ni on off je naik bukit. dah tak fit sebab tak exercise.. 😞

Comments