jahit menjahit la kita

Menjahit

aku dapat hadiah mesin jahit dalam 2 tahun lepas. seronoknya bukan main lagi, walaupun pengetahuan menjahit adalah ZERO.

projek memula sekali, jahit seluar tido anak-anak. diorang pun bukan main seronok la dapat pakai yang ibu jahit walaupun tak seberapa hasilnya. lepas tu buat pencil case. makan masa jugak la buat tu walaupun guna butang je, tak guna zip sebab tak tau lagi nak jahit zip macamana masa tu.

tapi sukun rajin nak mengajar walaupun dia pun tak tahu. dia rajin print pola baju budak-budak sebab nak suruh aku belajar menjahit basic. pola baju tu pun yang simple je la. so kami try and error la. ada jugak la kain yang hancur. tapi aku tak beli kain yang mahal untuk buat eksperimen. banyak belajar menjahit dari youtube jugak. seronok la jugak menjahit ni walaupun a bit tricky. sekarang ni boleh la nak menjahit benda-benda yang simple je. banyak lagi yang kena aku explore. terutamanya bila tengok baju budak-budak. rasa geram je...

dalam kepala ni ada dua lagi projek yang belum lagi siap. projek eksperimen jugak. nanti tunggu je la jadi ke tak sebab macam dah makan tahun ni..hehehe..

ni adalah di antara hasilnya..ada yang aku tak snap gambarnya. blouse pakai sendirik.. 😄  cardigan, apron anak bawak gi sekolah untuk subjek bertukang tu, cheongsam, etc.







 


p.s: menjahit pun kena ikut mood, kekadang dah 6 bulan pun mood tak datang jugak.

Comments