reunion Kundasang, 2015

reunion @ gathering...

pun cerita lama jugak ( blog kali ni mengisarkan apa yang terjadi 2 tahun lepas & semestinya tahun ni lah..) 😁

setelah 18 thn tak jumpa, akhirnya dapat la jumpa balik di Kundasang, Sabah..jumpa bulan 5, 2015. walaupun dah lama x jumpa, tapi manja-manja tu tetap ada..💋 koi & sukun sampai sehari awal sebelum majlis, kononnya nak pi round pekan kundasang tu, kami stay dekat homestay member kolej tu jugak.. Suryati Homestay. Homestay ni best, bilik besar & selesa. setiap bilik ada bilik air & air panas. homestay ni dah suku jalan nak ke Dairy Farm tu, memang tak jauh pun, dalam 10 minit dah boleh sampai.



Walaupun beberapa kerat je yg hadir, tapi meriah..makan pun meriah. Tuan punya homestay masak memang superb. Masa tu kitorang memang request diorang siapkan makan. Tambahan pulak diorang memang ada amik tempahan makanan & buat jualan di pekan..koi bagi 5 🌟 untuk Rai & husband.

Tempat kami explore, Dairy Farm Kundasang & Luanti, Ranau...Poring tu tak sempat gi sebab perut masing-masing dah lapar.

Balik tu singgah makan dekat pekan kundasang...koi lupa nama kedai, akan tetapi menu Sinalau Ayam memang sedap..kalau tempat kita lebih kurang ayam bakar la. 

  3 hari 2 malam duk Kundasang memang menggigil sebabnya sangat sejuk tambah pulak hujan. tapi view memang lawa sebab nampak clear gunung kinabalu. seminggu lepas kami balik KL, Kundasang dilanda gempa. terkejut jugak tambah pulak homestay yang kami duk aritu terkesan jugak dengan gempa bumi. 


ni view dari homestay, seminggu sebelum kejadian.



Antara gambar reunion :




ni dekat Kinabalu Park..dam dah berangan nak naik Kinabalu, bila tu tak tau. pendek kata selagi makan tak catu kan. orait.


 
 pose peluk tiang..hehehe. ok, ni kat kundasang memorial park. nampak tak view kat bawah tu? tu la pekan kundasang. meriah..kebetulan hari jumaat tu ada Tamu kat sana.













ni dah nak balik kl...lepas check in, carik makan lagi di tanjung aru. makan takleh miss...haishh




ni kami panggil Kek Bai..tq Bai. 😃





p.s : terima kasih pada semua yang terlibat, panjang umur kita jumpa lagi.

Comments